Assalamualaikum w.b.t (Jawab salam saya tu...)
:] Ok. 3 Liter Hari-hari. (Satu frasa baru yang perlu Iz amalkan dan ke hulu ke hilir bersama botol air baru Iz ni)
Bermula pada 7 haribulan 7 tahun 2012..Iz rasakan sakit kepala yang melampau-lampau. Kenapa ni? Aduh...:[ (menangis+muntah2+cirit+selesma+demam yang berterusan) sehingga 17 hari bulan 7 tahun 2012. Ha...tarikh pun macam ada makna ja. Kan?
Dahulu sewaktu Iz kecil, Iz hanya melihat baba Iz yang mengalami sakit kepala yang sangat parah. Kalau boleh hentuk2 kepala dekat dinding rasanya sudah pecah kott. Jiran2 pun berpusu-pusu datang ke rumah, mereka membantu baba dengan meletakkan ais dan dipekup ke atas kepala.
Iz tak tolong pun..hehe 'pergi main pulis-pulis' (sempat lagi)
Iz kira, penyakit keturunan sebelah baba kini diwarisi oleh Iz. Baru Iz tahu alangkah hilangnya nikmat menjadi manusia normal. Saat tu rasa insaf sangat (janji...nak minum air banyak-banyak, janji nak makan sharp time, janji nak senaman ringan pada waktu petang) Iz menghidapi sakit kepala yang parah ini sejak dibangku sekolah sehingga lah alam perkerjaan lagi tetapi yang sangat kritikal adalah tarikh misteri 7/7/2012-17/7/2012. Selama beberapa minggu Iz kecundang tanpa alasan.
Ome (mak Iz) pun nak bawak Iz ke Pmc untuk berjumpa dengan doktor pakar kepala. :[ arr tak mahu. So, Iz bagi alasan....esok...esok sehinggalah hari ini. hehe kes takut jarum!
Hari ni, 18 haribulan 7 tahun 2012, Iz sangat bersemangat datang bekerja. (Sekarang Iz berkerja sebagai Assistant Manager di Computer Centre :] terlupa nak bagi tau hehe)
Oh..sakit kepala Iz sudah hilang? Ya, sikit-sikit. Iz rasa kepala Iz tersangat la ringan hari ini (minum air sebanyak 3 Liter dan telan kapsul Habbatus Sauda' 3 biji) Alhamdulillah, nikmat sebagai manusia Allah titipkan kembali. Alhamdulillah ya Allah. :]
Jadi, jika anda berkerjaya ataupun sebagai seorang pelajar minumlah air sebanyak yang mungkin. 2 Liter, 3 Liter, Boleh?Jum Ok. 3 Liter Hari-hari. :] bersama Iz ya! Jangan nak salahkan penyakit keturunan ke..penyakit misteri ke..hehe
Ok. Sekian.
Berubah untuk Sihat. 3 Liter Hari-hari. Aduh (saya malas nak minum sebenarnya)
4 comments :
ayoooo....jarum pun takut me!!!.... ^_^
cik azah :O seriau tak takot pun. seriau jer. betul3 (macam upin ipin)
Ana Madihah mintak link blogmu yg baru. :]
Post a Comment