Thursday 31 December 2015

2015 - end.


Assalamualaikum! Haii semua!

*  *  *

pum pam pram kedepum pam (bunyi mercun tahun baru - 2016) versi iza *ahahak



Selesai tahun 2015, sekarang kita nk berjumpa tahun 2016
pulak. Ok, so people, how old are u now ek? hihi. elehh dah tua letew kan kan. Ok sama la, iza pun lg 4 5 tahun cukup 30 tahun. Alhamdulillah Allah untuk umur ini yang telah Engkau berikan. Syukur alhamdulillah.

Jum list kat kertas -  hajat, impian, cita2, untuk tahun 2016! lets do it!

Like Izza Asyma (Sharing&Caring) Official fb
Thanks! ;) :)



Monday 14 December 2015

Sepi - sepoi 'epi 2

Sepi - sepoi Episod 2 ini telah dikarang pada 17 april 2014, 'sambungan *episod 1 pada 4 mac 2014'


Assalamualaikum, blogpeople!

Ya Allah..rindunya. :) Haa lambai tangan sikit sayang2 semua! 

Alhamdulillah, berkesempatan juga untuk up - entri sambungan yang tak tersambung2 lagi ni. Haiyak! Aku menghela nafas yang panjang' buat macam sibuk tak sempat - menyempat nak bernyawa..mintak nyawa, mintak nyawa! Ngehehe

Let me tell u guys, i am now..alhamdulillah sudah semester 4, tahun 2 [ 17 l 04 l 2014 . Khamis ] dan tak lama lagi, iza akan menghadapi peperiksaan on May, in sha Allah. Nah..pejam celik, iza dah tahun 3. Oh Allah! sangat cepat masa berlalu...urmm [ i love Egypt! ] Berbaki lagi dua untuk iza habiskan pelajaran di Mesir, bumi kinanah ni.

Yap ! Memang kadang - kadang iza 'sepi' sat diri iza...iza 'sepoi' diri iza. Bukan apa, iza cuma being like keep silent, what you say comes back to you. Haa ada la story hat iza boleh share & tak boleh share :D dan memang bila iza melalui perjalanan hidup iza ni, iza belajar satu benda iaitu 'iza tak kan sekali2 mengulangi benda yang sama, masalah yang sama, silap yang sama, kita kena belajar apa hat terjadi pada diri kita. Kita kena jadikan mehnah2 perjalanan hidup kita ni sebagai penguat semangat untuk pijak atas bumi yang realiti ni..dan teruskan berjalan. Tau tak berjalan ke mana? Berjalan apa yang kita target dalam hidup kita. Apa? Hidup tak dak target!?

Start - Thinking - Doing - Keep doing !

Target..target..ke mana kita lepasni? apa nak buat lepasni? Ingat. Semua susah. Sebab naluri manusia nak senang dan mudah jek. Tapi tak susah kalau u guys start to thinking and do it better! Iza bagi semangat untuk diri iza sebenarnya sebab iza dah tersungkur tak lama dulu. Akhirnya, iza bangkit dan mula semula perjalanan hidup yang berbaki yang penamatnya, yang hakiki ialah hari akhirat. Yap! Hari akhirat guys.

Sepi? Oh..iza ada alasan iza tersendiri.

Bila iza sepi kan...iza duduk diam, iza merenung diri dan ketenangan akan datang. Kekuatan yang terbina tak mudah, ketenangan yang datang tak senang bergolek depan mata macam tu jek dan bibir tak pantas melakar senyuman. Tapi bila iza paksa diri iza untuk kembali rise & shine iza perlu bertenang. Yap! Memang iza ada masalah la hampa...tapi doa banyak2..

''Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan dan Engkau menjadikan yang susah itu mudah apabila Engkau menghendakinya''

Pegang dengan janji Allah, percaya dan yakin dalam hati hanya Allah. Allah tadbirkan hidupku..Amin! :)

Kadang2..nak juga feeling2..almaklum lah iza dah on the way ke umur 2.. an tuuut ! hihiks Sekian, sehingga papan kekunci berketuk lagi untuk entri sharing caring gitu...daaaa ! wassalam ! ;) Kenyit mata!

Episod 2 ini telah dikarang pada 17 april 2014

Ya Mesir, Aku Bernafas.. Episod 17 'Tahun 4, Oct 2015'


Ya Mesir, Aku Bernafas.. Episod 17 'Tahun 4, Oct 2015'

Diari : 14 Disember 2015 / Isnin

*  *

Assalamualaikum semua, Haii semua..hampa sihat kah?


Ya Allah..hampir 2 tahun iza tak menyambung entri ni. Ya Allah.. ok ok buat2 terkejut. Hahaha tak payah nak terkejut sangat lah.. (tutup mata sebelah)




Pic ni tengah berleter dekat sepupu, fon putih tu hadiah drpd Aba ku. Locate : Pizza Shabrawy

Hampa...alhamdulillah, sekarang iza dah semester 7, tahun 4 (drum roll) yippieyy yihhuuu fuhhhh..akhirnya! tahun 4 dah hampa, iza dah tahun 4! Alhamdulillah syukur nikmat. *Iza nak ucapkan terima kasih sebab hampa tak pernah tak baca apa ditulis ni even tak best pun, iza jugak nak minta maaf kat hampa, andai ada terasakan hati hampa, kawan2, atau yang mengenali iza..dan iza jugak bukan sesiapa tau, bukan! jadi jangan jadikan iza tauladan..ohh jangan, (ceee buat humble pulak..) haaa, jahat la mulut hati hampa ni tau kata iza humble, pehh nak humble taik minyak pasepa ek? kahkah (blink2)  Bila nak buat entri ni terkejut sebab entri ni dah episod 17, ohh ?

Sesiapa yang terlepas epi bole view entri bawah2 tu yea! *__*

Hampir 2 tahun iza berehat seketika dalam menulis, banyak cerita2, pengalaman yang iza tempuh, tapi iza akan share setengah la untuk khabar supaya u guys boleh rujuk. Banyak juga artikel, cerpen, novel - belum, yang iza akan muat-turun yer sedikit masa lagi. In sha Allah, will. Iza rasa 2 tahun sepi ni..sepoi je ni..iza ada jer activ di IG, Tweet, dan Fb Page - iza hanya upload gambar ja. Awat? pasepa? hampa rindu ker.... *eleh nipu!

*  *  *

Cerita sikit laa -

Alhamdulillah sudah sem 7, tahun 4 di University of Fayoum, kos Dar Oloum, kosa kata bahasa arab tak adelah terer sangat..setakat nak beli ayam sayur tu boleh la..camni sebut (bikam da?) berapa harga? Haaa. Di kuliah pula, so far tak berapa nak good, sebab Doktor semua cakap arab Ammi, fushah sikit2. Jadi nak catch - semua apa yang belajar tu sukar sikit lah. Jadi, kepala otak tu kena cerdik sikit la...duduk sebelah arab and menjeling2 sikit kitab2 mak arob tu..haaa gitu!

Kos apa tu..?

Ohh..kos Dar Oloum ni macam Pengajian, Bahasa Arab, haaa..Biology sikit, Falsafah sikit, iya..memang ada syariah, usul, luqoh (clapping) memang senget sekejap la kalau study bebanyak cam gitu kan. semua tu ada dalam kos Dar Oloum ni la.. ehh, hebat benda! merepek merapu je jawab nya..dat why masa balik Malaysia 2013 before ni - iza tak berani mengajar..memang dapat offer mengajar tapi taaak berani erm - kan.

Ada unsur bunyi2 tak sedaap sikit Univ ni ?

Yea, unsur bagaimana tu? Ok, University of  Fayoum ni adalah tidak di iktiraf di Malaysia tetapi di iktiraf di Mesir dan negara lain. Hanya Malaysia ja tak iktiraf. Ceritanya! yer, banyak cerita itu ini itu ini..bab iktiraf ni sebenarnya di Malaysia, camni    * sesiapa yang nak kerja dalam kerajaan, hampa mengaji tempat iktiraf, dan sesiapa nak kerja jamaah, mengajar sekolah swasta atau di sektor pgswastaan..hampa mengaji pi tang mana pun *  faham macam ni jer. Rezki hat Allah, habiskan belajar dan percaya janji Allah. Janganlah bawak mulut dan dengki2 ok. Anak muda nak belajar ni batu, pokok, tanah, semua beristiqfar untuknya. Kena la support ok. Actually, iza tak bernasib baik dan tak berpeluang la nak sambung di Azhar, di sini pun syukur. Jadi, adik2..hampa yang nak mengaji tu..pulun skit! bagi masuk hat iktiraf..zakat pun dapat!

Ada rakan senior mengaji kat Lubnan, punya la terer siap habis dah Master kot. Kerja pun pegawai pensyarah bagai aihh..haahh Lubnan tu bukan iktiraf. Ada rakan junior mengaji kat Indonesia, pun tengah Master ni..Indon tu bukan iktiraf tu, aihh berjaya jer. Jadi, doa la baik2 jangan menyambung cerita merapu meroyan yer. tuu ja.. *sedih jup

*  *  *

Nak datang Mesir?

Ok. Tunggu hakak hupdate hentri seterusnya. Hihi dan thanks so much! luangkan masa baca, maaf ada yang terguris, takot la kite nanti ada komen kat bawah2 tu yang tak best. Tak pe, kite reply dengan bijaksana wawawa. 

Sangat sayang hampa viewer liker, Shukran, Dadidu Assalamualaikum!


Tuesday 18 November 2014

Start. IA

Assalamualaikum kawan2 se-area, se-penulis

Khabar anda apakah sihat? Ya Allah, dah berhabuk rupanya blog ni yek. In sha Allah, iza akan kembali menulis. Semoga kita dalam rahmat Allah dan penuh berkatNya.

Allah, permudahkan jalan kami, yang ingin mengESAkan Mu. Amin! ;)

Tuesday 17 June 2014

Adik. 2014'


Hai, Assalamualaikum semua dears, entri yang tak sempat2 nak update sebab superb busy. :( tapi nak update jugak nak story sal adik saya. Sempena birth adik 12 June 2014 lalu!

Adik, 

Selamat Hari Lahir adik.

Fefeeling love jap :) hehe

'Saat terindah tercipta bila mana selalunya kamu di sisiku meski saat aku terjatuh dan terbangun'



Berjayanya aku sekarang kerana kau juga turut memimpin tangan ini, adik, kau sebahagian tulang belakang aku yang aku tak mampu nak lakar dengan kata2. Wallahi, i have been love you forever adik.

Adik,

Aku berusia 10 tahun, dan kamu berusia 9 tahun di mana aku kat atas pokok masa tu dan kau di bawah sambil melihat nahh tinggi. Aku lihat ke bawah ada kamu yang memandang aku 'sebab nak aku kutip semua buah cery kat atas pokok tuu' aku terus mengaut semua buah ceri tuu sebab kamu adik, segalanya adik, segalanya. Di pinggang kanan kamu, sedang mendukung adik yg nombor 4' dan di pinggang kiri kamu  sedang mendukung adik yg nombor 5' di kedua-dua pinggangmu terdapat adik2 sehinga pinggangmu agak menyenget mungkin berat barangkali. Yaa kamu sangat penyayang. Aku akan masak, kamu jaga adik2. Aku akan buat sepah dan kamu yang akan bersihkan. Dear adikku, very touch! huhuk :'(

Kecilku dulu ada kamu yang selalu mengalah untuk aku, tatkala kini kita dewasa aku pula yang mengalah untuk kamu. Kamu menjaga aku gaya bukan akulah kakak tapi kamu, kritik membina dan kritik tak membina itu hanya kamu yang hentam aku berdas2.

Adik,

Saat dah tiba2 aku nak jadi artis, nak try ujibakat pemberita bagai, adik aku sorang ni tak berapa nak restu so aku hilangkan saja inginku itu walau mama dengan baba sokong ja hasrat untuk bertapak dalam industri media gitu. Nampak di situ aku sanggup berkorban hal apa demi adikku yang sorang ni. Sebab wallahi adik, kamu tak pernah sakiti aku seperti yang lain sakiti aku, 'my sister never hurts me' - frozen :) ngehehe

Nak pula, aku dikira la dalam senarai penulis 'majalah la kan, dia memang support aku tapi dia tak penah baca pun karya dan penulisan aku. Haha jap, -__- oke adik aku tak suka baca buku karangan panjang2!

Nak cerita jugak timing aku dah mengada bagai masa zaman sekolah, kolej, iya la perempuan gitu kan normal la kalau nak bercinta hihi [ tutup mulut ] yap! mesti la adik aku yang sweets ni very sporting , pangkah terus and kerja dia macam p.a aku la, cth : 'eh laki tu tak style, eh laki tu tak wara', eh eh eh eh haaa nmpak di situ caring adik aku ni haah dan yap aku sanggup tak layan that guy hanya sebab adik aku tak suka. Bila sebut pasal cinta kami macam kurang sikit, sebab taste kami tak sama..tapi still kitaorang lepaking dan gelak berdekah2. Eh hangla kawen dulu, eh hangla kawen dulu, dah bertolak2 sapa yang kawen dulu at the last kitaorang buat keputusan biar jek adik bawah kami yang kawen dulu and kami enjoy! yuhuu

Entahla, post entri kali nak story sal adik aku yang superb ni. Hey adik, tolong jangan hilang dari sisi aku sebab aku tak kuat untuk berdiri tanpa kamu! grrr sumpah sayang oow adik aku ni.

Walau kadang kami macam gaduh, tapi nahh seminit lepastu boleh pulak bersweets, gosip2 gitu. Normal guys dan anda harus bersyukur kalau ada adik dan please hargai adik!

Semoga Allah pelihara kamu selamanya di dunia dan di akhirat. Masa kita tak lama untuk bersama, lepasni kalau hang dah kawen atau aku yang kawen..no more lepaking, no more gosip girl! Eyy please sayang aku more and more laaa buerkk :P ngehehe

Tuesday 4 March 2014

Sepi - Sepoi


Assalamualaikum dear sayang2 (;

Haah, ni la buat pertama kalinya iza beblog dekat tanah bumi anbiyak Mesir. Uwaa so busy lew :'( sobsob actually banyak nak story ni..

Pengalaman, tawa ria, tangis bagai, kan kan kan in sha Allah yer if Allah will it ! Iza akan storyyy yer

- bersambung -

Wednesday 20 November 2013

TupTup : Hari ini, Epi 2


Assalamualaikum,

TupTup in the making - Bideo. Hehe :)

Opps. Sat sat sat. 

- - - - - - - - - - -

Hari ini, senyumku lebar..
Sebab,
Alhamdulillah masih renyai hujan
yang membasahi bumi.

Hari ini, tawaku panjang..
Sebab,
Alhamdulillah segalanya berbalas apa
yang aku inginkan.

- - - - - - - - - - -

Semalam menangis, tuptup hari ini ketawa. Seringkali adat manusia, barangkali memang begitu kan ? For special day ahead, Video TupTup in the making. Haah ! Entah mood apa menyelubungiku ? Tiba2 rajin nak making bideo bagai.

Begitulah normal manusia.

TupTup bakal bersambung dengan entri yang seterusnya. :) Terima kasih view walau tak tekan butang like pun...sokay la ! daada !