Tuesday 17 June 2014

Adik. 2014'


Hai, Assalamualaikum semua dears, entri yang tak sempat2 nak update sebab superb busy. :( tapi nak update jugak nak story sal adik saya. Sempena birth adik 12 June 2014 lalu!

Adik, 

Selamat Hari Lahir adik.

Fefeeling love jap :) hehe

'Saat terindah tercipta bila mana selalunya kamu di sisiku meski saat aku terjatuh dan terbangun'



Berjayanya aku sekarang kerana kau juga turut memimpin tangan ini, adik, kau sebahagian tulang belakang aku yang aku tak mampu nak lakar dengan kata2. Wallahi, i have been love you forever adik.

Adik,

Aku berusia 10 tahun, dan kamu berusia 9 tahun di mana aku kat atas pokok masa tu dan kau di bawah sambil melihat nahh tinggi. Aku lihat ke bawah ada kamu yang memandang aku 'sebab nak aku kutip semua buah cery kat atas pokok tuu' aku terus mengaut semua buah ceri tuu sebab kamu adik, segalanya adik, segalanya. Di pinggang kanan kamu, sedang mendukung adik yg nombor 4' dan di pinggang kiri kamu  sedang mendukung adik yg nombor 5' di kedua-dua pinggangmu terdapat adik2 sehinga pinggangmu agak menyenget mungkin berat barangkali. Yaa kamu sangat penyayang. Aku akan masak, kamu jaga adik2. Aku akan buat sepah dan kamu yang akan bersihkan. Dear adikku, very touch! huhuk :'(

Kecilku dulu ada kamu yang selalu mengalah untuk aku, tatkala kini kita dewasa aku pula yang mengalah untuk kamu. Kamu menjaga aku gaya bukan akulah kakak tapi kamu, kritik membina dan kritik tak membina itu hanya kamu yang hentam aku berdas2.

Adik,

Saat dah tiba2 aku nak jadi artis, nak try ujibakat pemberita bagai, adik aku sorang ni tak berapa nak restu so aku hilangkan saja inginku itu walau mama dengan baba sokong ja hasrat untuk bertapak dalam industri media gitu. Nampak di situ aku sanggup berkorban hal apa demi adikku yang sorang ni. Sebab wallahi adik, kamu tak pernah sakiti aku seperti yang lain sakiti aku, 'my sister never hurts me' - frozen :) ngehehe

Nak pula, aku dikira la dalam senarai penulis 'majalah la kan, dia memang support aku tapi dia tak penah baca pun karya dan penulisan aku. Haha jap, -__- oke adik aku tak suka baca buku karangan panjang2!

Nak cerita jugak timing aku dah mengada bagai masa zaman sekolah, kolej, iya la perempuan gitu kan normal la kalau nak bercinta hihi [ tutup mulut ] yap! mesti la adik aku yang sweets ni very sporting , pangkah terus and kerja dia macam p.a aku la, cth : 'eh laki tu tak style, eh laki tu tak wara', eh eh eh eh haaa nmpak di situ caring adik aku ni haah dan yap aku sanggup tak layan that guy hanya sebab adik aku tak suka. Bila sebut pasal cinta kami macam kurang sikit, sebab taste kami tak sama..tapi still kitaorang lepaking dan gelak berdekah2. Eh hangla kawen dulu, eh hangla kawen dulu, dah bertolak2 sapa yang kawen dulu at the last kitaorang buat keputusan biar jek adik bawah kami yang kawen dulu and kami enjoy! yuhuu

Entahla, post entri kali nak story sal adik aku yang superb ni. Hey adik, tolong jangan hilang dari sisi aku sebab aku tak kuat untuk berdiri tanpa kamu! grrr sumpah sayang oow adik aku ni.

Walau kadang kami macam gaduh, tapi nahh seminit lepastu boleh pulak bersweets, gosip2 gitu. Normal guys dan anda harus bersyukur kalau ada adik dan please hargai adik!

Semoga Allah pelihara kamu selamanya di dunia dan di akhirat. Masa kita tak lama untuk bersama, lepasni kalau hang dah kawen atau aku yang kawen..no more lepaking, no more gosip girl! Eyy please sayang aku more and more laaa buerkk :P ngehehe

No comments :