Bila Buka Mata, saya bertanya : Allah nak bagi rezeki apa ek hari ni? OK
Selamat Isnin semua. Berbaki 4 hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Masa tu mula terfikir lemang, ketupat, rendang, laksa, bihun, kuih raya, soto, nasi impit dan lain-lain lagi. Amboi sedapnya (sambil buat muka sebek)
Pejam celik Pejam celik nanti nak raya AidilAdha. Masa tu terus terfikir, nak makan apa ek pagi raya nanti? Mula la..kira duit, cukup tak duit nak beli tepung, spagethi, beras, dan lain-lain lagi. Mula la..bajet bajet bajet. Duit tak cukup! Tak apa. Makanan yang murah kat Mesir ni, Fino (roti panjang tu) dan cicah air teh. Oh sedap! Kita makan cara pelajar. Nanti duit ada sikit, kita makan cara pelancong (sambil angguk kepala!) Saja text ayat ceria nak tutup kesedihan kononnya first time Eidul Adha jadi Perantau di Negara asing.
Sebaik buka mata, lihat keadaan sekeliling. Mula la, buat film touching sikit.
Sambil tadah tangan, ‘Ya Allah…Luaskanlah rezekiku. Permudahkanlah urusanku. Lapangkanlah dadaku’. Sesuap nasi yang Engkau hadiahkan, maka Kau berkatkanlah Allah. Andai ada rezeki untuk hari ini maka Kau kenyangkanlah perut hambaMu yang lapar ini. Supaya aku bersyukur setiap apa Kau hadiahkan’ Amin! Sambil sapu muka tengok langit!
Cup! Touch film dah habis. Heheh
Mood entri : Selamat menyambut Hari Lebaran Eidul Adha Kareem. Senyum sikit. Lepas terjaga daripada lena tu, sebaik sahaja kita buka mata, jum mulakan dengan Bismillah. Semoga hari kita dimulai dengan OK kan?
Sekian. Tamat. Petikan dr blog izabercerita.blogspot.com

No comments :
Post a Comment