Jum mengarang dalam genre lebih matang.
Masih tajuk yang sama. :] 'kadang kadang...rindu juga. Ahhh...Itu tanda gua ...normal'
Ya, saya fikir kita normal. Oxford English Dictionary mendefinisikan "normal" adalah seseorang yang sesuai dengan perilaku dominan dalam masyarakat. Contoh "amboi, dah pandai berindu2 sekarang?" Jawap : "Biasa la, normal la tu!" ya, itu maknanya normal, perkara yang sama dilakukan oleh insan yang bergelar manusia.
Rindu...tidak semua orang mampu berkata - kata tentang kerinduannya tersebut. "Meski kita masih saling berteduh di bawah langit yang sama kekasihku… jika kau percaya angin adalah satu" Ecece jiwanggg. Dan mungkin begini, "Malam ini bulan bersendirian, entah ke mana bintang yang biasanya setia menemani, setiap malam bulan selalu menanti hadirmu bintang"
Cupp! Jika benar hatimu telah dewasa. Redha kan lah merindui seseorang. Ingat! jangan terlampau dan berlebihan. Mungkin rindu itu benar2 pada yang sudi menemani suria hidupmu, benarkanlah ia bertandang seadanya. Andai ya jika anda dewasa. Telusurilah ia ke jalan yang benar2 tertuntut oleh agama dan syariatnya. Jangan hancurkan ruh rindu itu tatkala menuruti nafsu tanpa kawalan. Peliharalah dirimu. Bataskan pergaulanmu. Didiklah rindumu. Yakin janji Allah akhirnya pasti tiba. Andai kau benar2 telah dewasa!
Ha...sat sat sat...untuk budak sekolah rendah ke menengah ke you all tak payah nak gatal, nak berindu2 lagi. Impian, cita, kejayaan biar tercipta dulu. Ok? Sama la budak universiti pun! Segulung ijazah dulu! Dengar tak?
:] izabercerita.blogspot.com

No comments :
Post a Comment