Thursday, 20 December 2012

Ya Mesir, Aku Bernafas.. EPISOD 4 ‘OPSS..MAMA IZZA!’


Ya Mesir, Aku Bernafas..  EPISOD 4 ‘OPSS..MAMA IZZA!’

Diari :: Isnin, 17 September 2012.



Alhamdulillah, inilah bangunan pelajar Malaysia [yang tengah warna cam cream tu ha]  dan Alhamdulillah, kehidupan berjalan dengan baik. Masih lagi dalam keadaan penyesuaian diri. Tempat asing, dunia asing, orang asing. Ahh tak biasa. Geleng kepala..geleng kepala..tampar dahi! dusshhh

Ok, perut dah bunyi krek krek krok krek la katakan [perut Malaysia] laparnya, masa tu kami bergantung sesama sendiri. Sungguh..lapar..Ha, masa tu la teringat Pizza, Kfc, Ayamas, McD, dan yang sama waktu dengannya. Tapi lagi teringat tentang nasik. Nasik oh nasik. Mana nak cari nasik kat Mesir ni? Nak pulak..fayoum kan negeri yang tak ada orang Asia lagi..Oh tampar dahi lagi! dusshhh

Masa tu la..tiba-tiba tersenyum. Saya membuka bungkusan yang dibekalkan oleh mak dan mak nyang saya. Dalam beg terdapat bungkusan BERAS dan SAMBAL BILIS. Ya Allah…Bahagianya! Apa lagi, jalankan misi untuk hari ni. Ye haa! Saya la ibu yang paling penyayang!

 Nampak di situ sifat saya? 

Sedang rakan serumah masih enak tidur, saya bingkas bangun menghidang makanan untuk santapan anak-anak saya ni. Masa tu apa pun tak ada. Yang ada…periuk nasik karen’ yang dibawa oleh rakan serumah.



 Gunakan idea kreatifmu Izza!

Saya bukak plastic Sambal Bilis dan gunakan penutup tudung periuk nasik sebagai pinggan. Nasik yang dah ditanak mentah, sebab saya terlebih Bajet! Tak per…cover lagi nasik tu…sedih pun ada bila bayangkan macam mana anak-anak saya bangun tiba-tiba nasik mentah! Oh no!

Ala..mentah-mentah pun deme makan jugak! Hehe

Cukup untuk 4 5 suap nasik untuk hari ni. Biasalah kita pindah rumah baru memang macam ni. Susah dulu, akhirnya In Sya Allah senang sikit. Makan saja apa yang dibekalkan dari Malaysia. Jangan nak memilih…hat tu tak makan, hat ni tak makan. Oh..tak tak. Situasi macam ni, perut you all penting. Belasah saja la sayang-sayangku yer! 

Kiranya sayalah ibu mereka, ibu kepada rakan-rakan serumah yang muda belaka dan manja sangat, cantik-cantik dan cerdik tau! Kerana hanya kami perempuan asia yang ada di bumi Fayoum ni. Ya! 7 Rock Sister of Fayoum! Dan sayalah Taiko kawasan ini. Kahkahakah Nampak di situ gelak jahat?

Oh..Mama Izza? 

Panggilan ni deme panggil saya. Ikut dan je kan budak-budak ni bubuh kat saya. Hai…perli ke apa? Tapi, series tak kisah. Sambil senyum sendirian.  Mama pun mama lah. Mama yang kuat potpet potpet, dan kadang-kadang deme pun meluat dan menyampah sebab ada mama yang annoying macam saya ni. You all…series tak kisah. Senyum sendirian. Hah hah

Ok..mama Izza sambung episode yang seterusnya In Sya Allah yer. You all…support! Big support to mama! Hehe angguk kepala!  

Daa..Assalamualaikum..

No comments :