Thursday, 14 March 2013

Ya Mesir, Aku Bernafas.. Episod 11, 'Nurhan

Ya Mesir, Aku Bernafas..  Episod  11, 'Nurhan

Diari :: November 2012 (Maaf tak ingat hari hehe)

** ** **

Assalamualaikum. Jawab salam wajib, beri salam sunat. :)

Oke, selesai fasal ija. So, saya akan kenalkan saudara saya yang seterusnya. Nama glamOur, Nurhan. Nama dalam fb Hanie. Ha, tapi kami panggil Nurhan. Baru style sikit. Hehe. Of cOurse saya anggap Nurhan lagak adik kandung saya sendiri, walaupun kami hanya rakan sekuliah, rakan serumah. Semoga ukhuwah ini berterusan ke syurga. Amin!

Cerita tentang Nurhan. Nak tahu ? Sat sat sat

Sewaktu kenal dengan Nurhan ni rasanya 2011 kami saling mengenali tapi tak sangka berterusan jodoh kami sampai kat Mesir ni. Masa kenal Nurhan dulu, saya sangkakan Allah hadiahkan saya seorang Ustazah. Masa tu, ya ampun...untungla! Ustazah Nurhan!

So, Ustazah Nurhan kita ni..

Haha, lawak betul. Nak tahu ?

1 - Suka cakap gaya mak nenek.
2 - Suka buat memek muka 'duck & frog face.
3 - Perasan tercantik dalam alam payoum ni. Hakikat, ya dia cantik.
4 - Akan cubit orang kalau tak tepuk tangan masa dia bernasyid. 
5 - Orangnya pendamai, penegak keadilan lagi!
6 - Kalau kalut2 dia pening kepala.
7 - Masuk gOogle kalau nak masak menu baru. hehe
8 - Nurhan sangat kelakar + menggembirakan.

Nurhan, sesungguhnya kami sangat terhibur denganmu. Nurhan, kamu sangat menghiburkan. Hati kami girang lagi tertawa dengan adanya dirimu. Terima kasih Allah menghadiahkan kami insan yang bernama Nurhan. Opps! Cup! Ustazah Nurhan! hehe :') 

** ** **

Kala menangis, Nurhan buat sampai kami ketawa. Kala sedih, Nurhan buat sampai kami tak diam bercakap dengannya. Ada saja topic dia tu. Nurhan..Nurhan..geleng kepala! 

Allah saja mampu membahagiakan kita semua. Dan semoga kebahagiaan yang Allah selitkan berpanjangan hingga akhirnya. Allah..lapangkan dada dan hati Nurhan. Ringankan beban dan masalah yang dihadapinya. Allah..rahmatilah dia. Amin!

In sha Allah, 4 saudara lagi akan menyusul selepas ini. Daadaa Wasalam! :) 

No comments :