Wednesday 8 May 2013

'Apabila Cinta Bertanya kepada Persahabatan' versi 2008


Assalamualaikum semua. In sha Allah, inilah cerpen yang seperti dijanjikan. Iza upload jugak untuk pembaca yang tak sempat beli majalah tu. Tapi ni karya asal no-edit. Hat dalam majalah tu edit la. Soory guys. But, love you all..selamat membaca! :)


* * *




Apabila cinta bertanya kepada persahabatan, “kenapa kau diperlukan sedangkan mereka sudah ada aku?”   Persahabatan tidak memberi jawapan. Cinta masih sabar menanti hanya untuk satu kesimpulan.

“Kamu ni macam belangkas, saling menyokong. Agaknya dah bernikah nanti bermadu tak?”
Ndak sekali lagi mengenakan Ummi Kalthum dan Fatimah Zarra. Seperti ‘Isi dan kuku’, itulah slogan yang sering dilemparkan oleh umum. Fatimah merenyih sehingga menampakkan gigi besinya. Ummi bingkas bangun lalu menepuk-nepuk pinggulnya yang berdebu.
“ Nak ke mana ni?”
Fatimah mendongak kepalanya ke arah Ummi. Bersahaja Ummi membuat isyarat di jarinya. “Biarlah..” kata Mak Ndak.

‘hm..kadang-kadang kita terpaksa akur apa yang kita hendak; tidak selalunya dapat, dan kadang-kadang kita terpaksa terima hakikat akan tidak semua kita dapat, kita miliki.’ Ada sedikit keluhan di hati Ummi. Dia sekali lagi cuba bermuhasabah sendirian. Kali ini dia terpaksa akur. Kerana bukan “itu yang dikejarnya.

  Kring, kring….
“Siapa pula?” teragak-agak Ummi mahu mengangkat panggilan.
‘Asalammualaikum w.b.t..’ Huluran salam disambut sopan dengan penuh pertanyaan.
‘Ya Waalaikummussalam w.b.t. Siapakah yang bercakap?’ Ummi terus bertanya.
‘Saya Faisal, kenal kan?’ Duganya. Ummi terdiam. Fatimah berdehem, seraya Ummi memutuskan panggilan. Agaknya kejamkah Ummi? “Siapa?” Soal Fatimah dengan senyuman penuh makna. “ Silap nombor.” katanya.

Mahu atau tidak, dia terpaksa berbohong. Masakan perkara itu perlu diketahuinya, ‘aku tidak rela memutuskan silaturrahim ini.’ Kata Ummi di hati. Cinta masih berdegil untuk mendapatkan jawapan. Tatkala itu, Persahabatan menyepi dan terus menyendiri sehingga dilanda tekanan. Persahabatan buntu memberi jawapan.

  “Aku bingung!!” jeritnya sekuat hati.
“Hey!” Fatimah memekik ke telinga Ummi. Patutlah kalau bab Corus mesti sampai! Bisik Ummi di kalbu.“Tengok..sengih?” Fatimah menggaru kepalanya. Ummi segera ke bilik air untuk mengambil wudhuk, dengan harapan solat Istikharah nanti pasti membantunya untuk membuat satu kesimpulan.

“Jangan biar mekar..nanti sukar!” Pesanan keramat Ainun masih berngiang-ngiang di telinganya.


2 tahun kemudian..

  “Ummi, awak bila nak bina masjid?” Perli Fatimah.
“Agak-agak dalam sehari dua lagi ke..” jawab Ummi acuh tak acuh. Ummi mengenakan keronsang pink di bahu Fatimah. ‘Berserinya aura pengantin baru sahabat aku ni. eerr..Kalau..? Pasti di tempat Fatimah ini ialah aku?’ Bisiknya. Masih ada sisa kesedihan di hatinya. Tentang satu kesimpulan akan kerelaan dan keredhoaan terhadap ketentuan.
“Fatimah, jemput keluar. Pihak lelaki sudah sampai.” Mak Ndak menyelak tirai lalu melemparkan senyuman ke arah Fatimah. Air mata Fatimah mengalir lambat lalu memeluk Ummi. Tangannya kuat digenggam Fatimah.

‘Sahabat..Apabila aku sedih, hiburkanlah aku dengan suaramu. Apabila aku sakit, ubatilah aku dengan kasih sayangmu.’ Ummi merenung gembira berbaur hiba, seraya mengelap lembut ke pipi Fatimah lalu melangkah keluar, dalam gelisah Ummi mengekorinya dengan penuh keredhoan dan kerelaan terhadap ketentuan, Ummi menatap sepi wajah Ali Faisal dan Fatimah berselitkan sekeping doa.. ‘Semoga kalian Bahagia.’

Akhirnya Persahabatan tersenyum lalu menjawab : “kerana aku berikan mereka senyuman ketika kau berikan mereka kekecewaan..”

‘Ummi, aku jatuh hati pada Faisal. Aku yakin, jodoh Faisal untuk aku. Aku benar-benar mahukannya.’
‘InsyaAllah Fatimah..Awak memang ditakdirkan untuk Faisal.’ Ummi mengalirkan air matanya.

‘Aku memilih Persahabatan daripada Cinta.’ Katanya perlahan. ‘Apa..’ ‘Nothing..’ Fatimah menggeleng kepalanya.

Apabila Cinta bertanya kepada Persahabatan, “kenapa kau diperlukan sedangkan mereka sudah ada aku?” Persahabatan menjawab : “kerana aku berikan mereka senyuman ketika kau berikan mereka kekecewaan..”

Ainur Lyen in memory 2008


* * *
Maaf, karya asal ni 2008. No-edit. harap you all enjoy~ Sekian. Terima kaseh. Daaa! :']

No comments :