Friday, 3 May 2013

Asyraf - Mei (1 tahun) Yey! Alhamdulillah!

Assalamualaikum semua. :)

* * 
Orang sibuk PRU 13. Iza sibuk la update entri baru ni. hihi [gelak katup mulut] 

Iza tergerak nak update entri Asyraf, baby member yang menetap bersama kami. Ya Allah, hadiah Allah untuk kami. In sha Allah kami terima. 'maksud kami tu iza dan rakan2 serumah yang lain.

Hampa, Asyraf dah masuk 12 bulan Mei ni. Rasa macam sat sangat. Serius! Dulu 3 bulan, kemudian 5 bulan dan tuptup dah 12 bulan. Allah..Allah. Bakal anak soleh umi abi ni dah besar. Opss, sambung hat awal2 tadi 'oke2..Asyraf dilahirkan di Kota Kaherah kemudian membesar area kaherah dan seterusnya menetap di fayoum. 

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kalian membunuh anak kalian kerana takut miskin Kami adalah memberi rezeki mereka dan kepada kalian sungguh membunuh mereka adalah dosa besar.” (Surah Al-Isra’: 31)

Anak ni hampa, rezeki. [saya bercakap seperti sudah berkahwin tapi cup2 tak kahwin lagi] Oke2 sambung balik! Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh ALLAH SWT.  Of course ibu dan ayah turut tumpang rezeki anak. Rezeki ni bukan bermaksud harta semata2 tapi rezeki ni banyak konsep..misalnya kebahagiaan, keharmonian. Maka, semuanya milik ALLAH jugak! 'Allah..kurniakan rezeki kepada kami, keluarkan apa yang ada di langit dan di bumi. Aamin Allah'



* * * *

Asyraf..sumber semangat iza dan yang lain~



So, nak dijadikan cerita. Dulu la kan, iza tak tau ada anak macam mana..letih macam mana..tapi, bila Asyraf datang 'oh begini..oh begitu. Dulu la kan, iza tak berani dukung baby tapi bila Asyraf datang..yey siap dukung tepuk2 lagi. 

Ha..jangan nak kata iza ada gaya seorang ibu atau dah nak sampai seru. Lambat lagi!

Alhamdulillah. Segala2nya Asyraf. Benda lain tak penting dah. Asyraf je! Much much much love Asyraf! :) Boleh tera tu ? 

Ha..hat ni best, setiap kali iza buat bubur Asyraf ada je yang perabih. Mengalahkan baby. Adoi. Bukannya baby yang perabih..tuptup ada jugak orang lain yang perabih..nak jadik baby jugak kot. Walhal bubur tu kosong je, air..bawang sikit, garam dan kentang. Ada jugak yang kaki perabih. [rakan serumah..haha nama nurhan *sorry] 

Tambah pulak sekarang Asyraf dah besar, sukamain la menjerit sana sini. Kuat betul suara Asyraf ni..tak payah guna speaker dah. Ha..menjerit2 ni si Ija dan Hawa la ni yang mengajar. Kalau bab mengusik memang ija la kaki mengusik. Allah..sama la semua orang rumah iza suka sangat mengusik Asyraf. Iza apa lagi...jeng jeng jeng 'potpetpotpet la hehehe


* * * *



Main je kerja..ish ish ish



Oke, so dah banyak sangat iza bercerita ni. Jadi, cukuplah sekadar pembacaan santai2 yer. Terima kasih sudi baca, view, like, comment~ kalau bukan hampa sapa lagi kan ? 

Sekian~ Wassalam. In sha Allah, semoga kita berjumpa lagi dalam entri seterusnya. [lambai tangan..lambai tangan!]


No comments :