Sunday 18 August 2013

S.A 'episod 2


S.A 'episod 2 
Penulis : Izza Asyma (fb) 

* * *  * *


    ‘kak yang, hopefully bakal suami awak nanti mulut macam ni !’ kataku sambil men’zip mulutku. Siang malam ada aje yang tak kena di mata Syafika ni. Ingat kita malaikat ke apa ? omelku tidak puas hati.
                ‘shuut..shuutt..Naqib..’ Bisiknya. Naqib..aku tersenyum. 

Tatkala hati teringat si dia, terfikir di minda, adakah aku juga di hatinya? [ Nah...jiwang sekejap! Nampak rock tapi hati macam taman bunga ooo ]

     ‘Hurmm…’ nafas di hela begitu panjang. Aku menggelengkan kepala. Aku ni spesis ‘limited edition. Siapalah yang sudi?
     ‘Awak…dah 2 tahun awak S.A  dia, 2 tahun oke! So zaman sekarang kan, dah tak ada maknanya perigi ke timba ke..tali ke..nak tarik-tarik tali bagai ke..its nothing!’ bisik Syafika lagi. Aku membelek-belek tali kasutku.  ‘Ekk…?’ Aku memancing. Syafika pantas menggangguk. Langkahku atur rapi. Aku tekad, apa nak jadi..jadi! Tudiaa...macam gangster tak? Ada sikit kan? hehe

     ‘Hai Naqib…’ Suaku. Sebungkus Nasik Lemak kegemaranku disua untuk Naqib. Riak wajah Naqib tampak terkesima. Aku senyum-senyum. Err serius malu! Aku masih tersenyum macam kerang busuk dah ni! Tiba-tiba Naqib menggeleng lalu bergegas pergi. Eh? Aku mendapatkannya semula. Naqib ni! Sombong betul, dia tak kenal Aisyah Munir siapa?! Haah geramnya. Panas..panas..
     ‘Ambil juga!’ paksaku lalu memasukkan ke dalam begnya. Aku berlari-lari anak ke arah Syafika yang sedang leka memerhatikanku dari tadi.

     ‘Ecah…kan yang dah pesan, Naqib tu SLOW…Budak Baik oke. Awak kena jadi charming girl gitu..Haah rosak habis semuanya..macam mana si Naqib tu terlekat haah..’ Syafika berlagak lembut sepakej dengan 'potpet. Oke fine. Errr Aku menggaru kepala. Alaa tak cukup charming lagi ke aku ni? Naqib, please beri peluang untukku..please..aku menadah harapan. Harapan. 2 tahun usha je..tak kan nak usha lagi kot? Peluang cerah ni. Serius cerah!

*** ** ***
Aku membenarkan hatiku untuk merinduimu. Adakah kau juga begitu?

*** ** ***
Rutinku seperti biasa. Menanti bas sendiri tanpa Syafika, bas yang masih tak kunjung tiba. Aku bersila malah lagi ralit mengasingkan segala benda cengkih, kayu manis, dan yang sama waktu dengannya yang terdapat dalam bungkusan nasik lemakku yang terhidang di hadapanku. Kenapalah setiap masakan kena wujud benda bagai ni semua? Adui..keluhku. Hurmm sunyi pula si Syafika ni tak ada. [demam] akibat 'potpet yang berlebihan! Haha

      ‘Nah..ganti balik!’ satu suara yang aku kenali. Bungkusan nasik lemak ditangannya. Aku melangut. Naqib! Eh..dah kenapa dia ni?  ‘Actually, saya tak mahu ada hutang dengan awak’ Sambungnya lagi dengan nada yang sangat perlahan. Aku memandang ke dalam anak matanya. Aku terdiam. Cuba untuk mengertinya.  ‘Jangan ganggu saya lagi..saya tak suka awak’ ayat terakhir yang akhirnya menjadikan aku sangat faham. Tersangat.

     ‘Saya suka awak…’ beritahuku lalu menyeka air mata dengan jari jemariku. Salahkah aku menyukainya? Persoalan demi persoalan ligat bermain di akal. Aku segera meninggalkan Naqib di tempat hentian bas tersebut tanpa berpaling lagi. Tidak ada apa lagi untuk aku bersemuka dengannya. Jawapan sudahku dengar. Dan kini jawapan itu aku hormati. Terima kasih Naqib atas segalanya. Aku akur. Mungkin aku hanya layak bergelar S.A. Mungkin.

Hari yang agak malang aku kira. Aku terima. Sedih pulak rasa hati. Pilu. Sayu. Huhu Sudahlah air mata mencurah-curah. Kini air hujan pula melimpah..mungkin ada rahmah di situ. Bila hujan lebat begini, kita memang tak nampak Matahari..tapi hakikatnya Matahari tetap ada!

** ***
     ‘Tetap S.A Naqib sampai bila-bila..’ ucapku lalu memeluk Syafika dengan erat. 2 tahun yang lalu bahkan 2 tahun akan datang, tetap S.A Naqib sampai bila-bila.

** ***


-- TAMAT -- S.A  [Secret Admirer]  


No comments :