Monday, 22 October 2012

Adik, dengar cakap kakak ya.

Adik, dengar cakap kakak ya.

Dengar..Fikir..Ok? Senyum sikit.

Adik, ketika kau meniti usia di pertengahan terhambat perasaan ingin cinta dan rindu. Kata orang itu rasa anugerah kurniaan tuhan. Istimewa. Sangat istimewa. Ketika hati kau kosong, ingin sekali kau seperti teman yang lain. Bercinta dan berindu. Ah..segala bagai? ada cemburu di situ.

Adik..kakak melalui usia itu lama dahulu. Perasaan yang indah mengharukan seluruh tubuh minda kakak. Makan tak kenyang, tidur tak lena. Ah..segala bagai! indahnya bercinta dan berindu. Semua orang suka. Semua insan ingin merasa. Sepinya tanpa cinta.

 Tapi.. 

Tak lama. Ketika kau berada di umur yang dewasa, kau enggan berkata tentang cinta dan rindu. Kenapa? Kerana cinta dan rindu yang kau bina itu hanya manis sebentar. Hanya bersandarkan pada kenangan. Kau enggan melepaskan. Semakin kau kenang semakin kau sesak, semakin kau sesak...di situlah kau letakkan pening pening pening. Adik..kenapa nak pening? Jalan ini pilihanmu? ya? Angguk kepala sikit.

Masa indah dulu adik tak pernah fikir, kalau adik terseksa suatu hari nanti siapa nak ubatkan? itu ayat yang kakak cakap pada diri kakak tak lama dahulu. 

Adik..dengar cakap kakak. :)

'Kadang-kadang kita bertemu dengan seseorang yang sangat bererti dalam hidup kita. Tapi kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa akhirnya kita harus melepaskannya.'

Nak mula bercinta kena kuat dan tak nak bercinta pun kena kuat. Jalan mana keputusan itu di tanganmu adik..adik..boleh tak kosong kan hati tanpa beri ruang pada sesiapa? Boleh tak kalau tak payah lagi bercinta? sambil geleng kepala. Ya..kakak tahu. Usia adik dah layak untuk bercinta, tapi kakak rasa kosong itu apa kata adik selitkan dengan cita, impian dan kerjaya? nak? sambil berfikir.

Adik..kakak tanya sikit boleh? Adik nak kahwin ke? Ha..kalau tak nak kahwin. Buat cara tak nak kahwin. Kakak tanya lagi boleh? Adik nak belajar lagi tak? Ha..kalau nak belajar lagi..buat cara nak belajar. Ok. Itu kata kakak. Puas hati tak Psiko kakak? Hahaha. Gelak besar! Adik..jum kita mengorak langkah. Maju kehadapan!

Senyum sikit. :)