Episod 1 'AHLAN WASAHLAN IZZA
ASYMA!'
Diari :: Khamis, 13
September 2012.
Jam 10 malam pesawat
akan berlepas. Kelihatan wajah mak+baba, adik ila dan adik ifa ternyata suram.
Ya la, melepaskan anak sulung, anak kedua dan anak ketiga serentak pada tarikh
yang sama. Jam yang sama, minit yang sama, pesawat yang sama, negara yang sama
dan university yang sama. Berat mata memandang maka berat lagi kan bahu mahu
memikul. Rakan sekuliah turut hadir memberi salam terakhir, terima kasih Ainul Mardhiah dan adik Nur Fatin. Tidak
dilupakan tok yang sanggup berjam-jam dalam kereta walaupun dah uzur
semata-mata nak tumpang seronok katanya. Saya menyimpul senyuman. Buat yang
tersayang Mak long dan Mak nyang yang turut serta bagi support kat kami ni.
Pemergian yang sangat terasa sangat sangat sangat la.
Cup..mesti la saya
menangis. Sob Sob Sob
Saya dan adik2
sampai ke KLIA jam 6 petang, pada pukul 10 malam terus berlepas ke THAI, jam 1
pagi transit sat di THAI dan kemudian terus ke Mesir. Tiba di Terminal MESIR
dalam Subuh macam tu la..dah cerah cikit da. Punya la nak bangga dengan
MALAYSIA ni..cis dan2 mengaku bangga jadi anak Malaysia bila pergi merantau.
Tau sebab apa? Sebab..banyak alasan nya. Tunggu dalam episode seterusnya.

Senyum sambil tutup mulut. Kihkih

Senyum sambil tutup mulut. Kihkih
Sepanjang berada
dalam pesawat dan di dalam perjalanan ke sana..saya terfikir, kan seronok naik
Kapal Laut..kalau tenggelam boleh berenang. Tapi kalau naik Kapal Terbang ni
tahu2 je la..kalau terhempas tak dan nak guna payung terjun dah. Pakai faham2
sendiri la. Oh..takut oh naik Kapal Terbang. Siapa cakap best? Btw memang best
pun tapi langgar awan ke ha rasa bergoyang seat, cawan, pinggan..nak menjamu
selera pun macam nak termuntah.
Dalam hati..Bila nak
sampai ni? Alasan takot oh oh
Nak la juga
bercerita ni..nak tau tak? Angguk kepala sikit! Hihi. Pramugari depa ni punya
la lawa. Pramugara punya la tua-tua. Mana pergi habis pramugara yang muda-muda?
Em em status ini bukan bermaksud apa2. Senyum nakal. Tidur bangun tidur
bangun..akhirnya tak sampai sampai juga. Keboringan telah melanda. Sabar je la. Apa lagi, saya pun tengok la
orang tidur..hihi nakal sorang2 boleh kan, saya tengok sebelah saya tidur..saya
tengok belakang..depan..ulang ulang ulang adik saya kejut, kakak dah sampai
MESIR! Hah saya tertidur. Saya cepat jenguk dari atas awan..hitam belaka.
Ternampak jelas kerlip kerlip cahaya, kilaun lampu..cantiknya bumi Mesir dari
atas. Masa tu kalut dah cari Piramid, Al Azhar, El Feyyoum dan lain2 lagi. Over
je lebih dalam flight je pun.
Renung lama2
kecantikan lampu2 tu akhirnya saya tiba di Terminal Mesir. Teruja. Tercantik.
Tapi tak boleh lawan Malaysia. Oh Malaysiaku. Cis dan2! Hihi. Kakiku cepat
mengatur langkah ke Bumi Mesir. Kaki kananku itu melangkah dengan harapan..
‘Allah terima lah
kaki ini agar Kau akan terus mempelawa aku untuk melihat KekuasaanMu lagi
Allah. Allah..kaki ini melangkah dengan penuh kegembiraan. Maka berikanlah
keberkatan sepanjang perjalanan yang ku atur ini. Amin’ ada sedikit hiba.
Saya sampai juga
akhirnya. Bersama rakan-rakan yang lain. Dunia yang lain. Maka bermula
kehidupan yang bakal ditempuhi. Dugaan, ujian, mehnah pasti saya lalui. Negara
yang asing membuatkan saya tertanya adakah saya mampu mengharungi ledakan ujian
yang ditempuhi. InsyaAllah nantikan dalam Episode seterusnya.
First sampai Mesir,
cepat la..tak sabar dah ni nak duduk di Mesir. Best best. Kita nantikan hari
seterusnya hehe bunyi semacam je kan?
Jumpa you all dalam episod seterusnya :) Assalamualaikum!
No comments :
Post a Comment