Ya Mesir, Aku Bernafas.. EPISOD 2 ‘ADA
AJAIB DI PADANG PASIR’
Diari :: Sabtu, 15 September 2012.
Minta maaf ya terlebih dahulu, seandainya anda
kurang selesa dengan diari saya maka tak perlulah baca entri ni. Hehe. Saya
menulisnya untuk mereka yang mengenali diri saya. Terima Kasih sokong entri
saya tau..tau. Anda dalam rahmat Allah selalu, Amin.
Sambung balik episode hari tu ek..
Alhamdulillah, saya benar-benar berada di
Mesir. Kaki saya melangkah keluar lalu menghirup udara yang berlainan. Udara
yang tak sama dengan Malaysia. Udara padang pasir. Wuaa..buat mata terbeliak sikit! Udara
Tamadun Mesir, memang rasa macam duduk kat zaman Tamadun Mesir Purba tu..purba
sungguh! Memang Zaman Gangsa je ni…tak adanya macam KL tu ha…Ok tengok gambar
bawah ni…kan?
Ha..gambar ni ialah bangunan Mesjid Al Azhar,
Cairo, Mesir. Cuba tengok seni bina dan warna mesjid tersebut..agak2 you all
macam purba tak? Ok. Sebab tu, Mesir tersenarai dalam sejarah dunia iaitu
dilabel sebagai Tamadun Mesir Purba.
Nah..ditambah lagi pula apabila tersenarai
‘7 ciptaan ajaib dunia’, PIRAMID. Ha..cepat ingat balik Sejarah tingkatan 4
& 5 dulu! Tak hairanlah PIRAMID ajaib, cuba fikir balik padang pasir pasir
pasir je memanjang.
Boleh tercipta PIRAMID? Macam mana? Guna apa? Ada jentolak
ke? Ada kereta kebal ke? Batu2 Piramid tu kenapa kukuh sangat sampai sekarang?
Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada
Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Ini Sphinx
merupakan patung manusia berkepala singa.
Itulah bukti yang Allah lanjutkan untuk
tontonan cucu cicik Adam bahawasanya benar terjadi segala kisah para anbiyak,
wali, firaun dan kisah2 yang lain lagi.
Tak hairanlah kepakaran membina ni
Mesir memang cekap! Terer!
Ok, Daripada
Wikipedia, ensiklopedia bebas’
Menurut Herodotus:
"Mesir merupakan negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa Libya
mempunyai tanah lebih merah." (Histories, 2:12). Tetapi Herodotus
turut menyatakan "Colchians adalah penduduk Mesir...berdasarkan fakta
bahawa mereka berkulit hitam dan mempunyai rambut kerinting." (Histories
Book 2:104)
Pakar sejarah Yunani, Herodotus
menggelarkan Mesir sebagai hadiah
daripada sungai Nil. Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara Mesir didiami manusia. Ok,
sebab tu tanah padang pasir ada yang subur sebab hasil dari Sungai Nil la.
Kalau nak cerita panjang lagi jadi setakat ni saja ya!
Ala..hampa bukak la buku atau enternet na! :]
Di tengah udara padang pasir rupa-rupanya ada
tersirat penghayatan. Semuanya menuntut kita untuk mengESAkan Allah s.w.t, Bangunan,
teknologi, Metro, Glabalisasi oh…betul2 beri cabaran buat saya. Al maklumlah, darah
Tanah Melayu masih menbal dalam diri saya. Haha.
Sekarang dah sampai masanya untuk combine Udara
Tanah Melayu + Udara Padang Pasir. Mula2 nampak haru biru sikit lama-lama tak tau
jadi tanah apa dah ni?
Tutup cerita Piramid dan sambung Film kita ;
Maka, perjalanan diteruskan ke tempat tinggal
yang bakal saya diami InsyaAllah. Saya lihat kiri kanan. Sambil bisik dalam
hati, ‘memang sungguh purba’
Buat Film hitam putih macam zaman P.Ramlee
dulu.
Sepanjang perjalanan kami naiki bus, kepenatan
kian terserlah apabila
tersengguk-sengguk rakan-rakan seperjuangan dalam bus ni. Saya je masih
strong bercekang mata melihat panorama tercipta. Asyik sangat dok tengok ajaib
Tamadun Mesir ni! Masa tu rasa, ‘bolehkah aku hidup kat Mesir ni? Ah..tak
biasanya..’
So…
Saya kira kita sambung dulu episode kita
ya…nantikan sambungannya tau tau :] senyum sikit! Jum pakat jadi ajaib lepas
ni!
Assalamualaikum...daa jumpa nanti! Lambai sikit! ^^


No comments :
Post a Comment