Monday, 19 November 2012

Ya Mesir, Aku Bernafas.. Episod 3 ‘El Fayyoum, rumah saya’


Ya Mesir, Aku Bernafas..  Episod 3  ‘El Fayyoum, rumah saya’

Diari :: Sambung yang hari tu. Hehe

Assalamualaikum semua...Ok

Saya kira-kira sampai ke tempat tinggal saya, rupa-rupanya belum lagi. Oh, nak sampai negeri yang bakal saya menetap in sya Allah, mesti melalui Pyramid Giza, dan rentas padang pasir. Barulah sampai negeri Fayoum ni. Jauh…jauh daripada kota Metro Cairo tu…

****Akhirnya sampai jugak kat Negeri El-Fayoum ni! sambil menghela nafas yang panjang. Ni la El Fayyoum, rumah saya...cantik kan?




Untuk pengetahuan semua, kamilah pelajar asia yang pertama menetap di Fayyoum ni. Mungkin ada hikmah yang tersurat kenapa kami Allah letakkan kat Fayyoum ni kan? Saya doakan Allah merahmati perjalanan kami. Amin.. Ok, Negeri Fayoum ni, terkenal dengan Kincir Nabi Yusuf dan Tasik Qorun. Alhamdulillah tempat yang bakal saya tinggal adalah jejak anbiya’. Masa tu..cepat-cepat Mohon ya Allah, berkatilah kami sebagai ibnu sabil. Amin..

Baik, (macam gaya seorang cikgu) hehe

Kincir air dicipta untuk pengairan pertanian zaman Nabi Yusuf, bahkan kalau perhati dekat Kedah pun ada pengairan kat sawah2 kan? Orang panggil apa tu? Parit ek? Ha..tu la nak suburkan pertanian dengan adanya air. Baik, hampa ingat tak masa peristiwa 7 tahun kemarau yang teruk sangat masa zaman Nabi Yusuf? Ada dalam surah Yusuf.

Dengan kebijaksanaan yang Allah berikan kepada Nabi Yusuf , 7 tahun kemarau tersebut berjaya dilalui dalam keadaan negara-negara sekeliling mereka berada dalam keadaan krisis yang teruk. (surah Yusuf 43-55)




Bijak kan Nabi Yusuf, lembah tandus akhirnya sekarang jadi pusat pertanian. Kunjung saja di Fayoum, sejuk..panorama indah menghijau. Nah…macam Negeri Kedah. Rindunya Kedah!

Aiseh..dan2 anak jati Kedah..

' Allah selamat Sultan Mahkota..Perpanjangan usia...' lagu Negeri Kedah..






Tasik Qorun pula adalah Harta Raja Qorun yang ditenggelamkan oleh Allah s.w.t, dan dijadikan macam laut. Sebesar mana laut/tasik tu maka sebanyak itulah harta Qorun tu. Ya Allah…banyak ooo! Kita duk sebut harta Karun..harta Karun ni berasal daripada nama Qorun ni la. Cuba tengok gambar kat bawah tu.. 


Nak selit cerita sikit! 

First sampai Fayoum, masa tu dalam bas. Bas yang kami naiki punyalah arab tu bawa laju sangat. Terhentuk2 kami dengan bumbung bas..seat kerusi memang tak  payah cerita la..boleh senyum aje lah. Punya lah dalam hati..mak! nak balik  Malaysia. Ok terkejut dengan budaya arab, hon hon hon hon hon hon!! Lampu isyarat tak ada? Apa ni? Tak excident? Ya, tak!

Memang tak ada lampu isyarat, susah nak jumpa lampu isyarat kat Mesir ni..Boleh bayang tak kalau kat Malaysia tak ada lampu isyarat? Mahu jem satu Alor Star tu! Memang kucar kacir kan? Tapi, kat Mesir..langsung tak kucar kacir. Tahu sebab apa? Kata rakanku Naimah, ‘depa ni bertoleransi’

Ooo…sambil angguk kepala.

Kita kat Malaysia, jangan harap nak bagi can. Langsung tak bagi peluang. Nak tengah2  jem?Oh sorry beb! Kata dalam hatiku. Hehe

Inilah Fayoum, tempat tinggalku selama 4 tahun mendatang. In sya Allah semoga aku kuat melaluinya. Amin. Hampa doa la. Ya? [Jumpa dalam episode yang seterusnya tau] Dalam hati, baba ome…nak balik Malaysia…

No comments :