Thursday 4 July 2013

S.A 'episod 1

S.A 'episod 1 
Penulis : Izza Asyma (fb)

Aisyah Munir ialah nama aku yang sangat cool. Tengok tuan la..hehe. Setiap orang ada cerita. Jalan cerita yang sama, mula, tengah dan ending. Tapi yang membezakan jalan cerita kita ialah aku adalah aku dan kau adalah kau. 

Cerita ini, untuk kau dan aku adalah S.A. Opss..atau Secret Admire. Selamat membaca! Kisah menarik yang ingin aku kongsikan, sebenarnya kau dan aku adalah S.A. 



* * *
        'yang..macam mana perasaan ada boyfriend ek?'
Soalku bersahaja kepada Syafika (kak yang). Best tak ada boyfriend? soalku di hati. Macam best je, hari-hari ada seseorang di sisi. Hehe jawapku sendiri.
        'awak tak payah nak menggatal...tak ada makna lah!' jawab Syafika. Aku mencebik bibir.
        'Ini jawapan ke pernyataan?' Alaa..orang tanya, so jawab. Getusku sendiri lalu beredar.
        'Ecahh!!!...' pekik Syafika. Ah..malas nak layan kau. Bikin rosak mood aku je di awal pagi jumaat yang mulia ni. Baik pergi library, boleh usha Uncle Kamal si duda tu. Opss..ecah..ecah..Fokus ! Datang library sebab nak cari nota untuk assignment yang bertimbun-timbun tu oke. Aku menghela nafas. Fuuuh

Aku hela nafas lagi. Fuuuh. 'Bosan juga hidup ni kan?
       'Cik..kad matrik?' Uncle Kamal memanggilku, aku mengundur setapak. Err..lupa..
       'tak bawak...' aku geleng lalu renyih hingga ke telinga.
       'undang-undang dikuatkuasakan sekarang..' leteran yang sangat aku rindui. 'Buwerkk..saya peduli apa?' potongku lalu menjelir lidah. Pagi-pagi dah bising. Adui. Fuuh. aku menghela nafas lagi. kelihatan Uncle Kamal menggeleng kepalanya. Aku melambai2 si duda Kamal yang kacak lagi bergaya tu, lalu terus ke medan buku-buku yang tersusun rapi, nampak sangat agak memerlukan kesabaran di situ untuk aku mencari setiap satu point2 penting assignment ni. Aku menggaru kepala.

* * *
Rutinku berjalan seperti biasa, tak ada yang berubah. Tetap sama. Saban minit jam menunggu bas yag tak kunjung tiba bersama sahabat dunia akhirat Syafika. Bau nasik lemak Mak Pah sebelah ni sudah menusuk ke dalam urat perut aku.

        'Eh ecah..pergi mana tu?'
        'Sekejap...' aku membuat isyarat dengan jari penunjukku. 'Mak Pah..ikan bilis banyak, sambal sikit, kacang banyak, telur kuning buang tinggal telur putih je. Hehe macam biasa !' Pesanku panjang lebar sambil diangguk-angguk oleh Mak Pah.
        'Mak Pah tahu la...kamu ni...nah, RM 1.50' sua Mak Pah setelah siap dibungkus. Aku menyambut lalu menghulurkan duit. 'Mak Pah..baki tu simpan! Bye..' Aku terus beredar dengan nasik lemak kegemaranku itu. Sedapnya ! Teringat pula nasik lemak yang dibekalkan oleh mak sewaktu sekolah rendah dulu..

       'yang..mai ecah suap awak. Sedapnya!' aku bersila di atas kerusi lalu membuka bungkusan nasik lemak yang baru dibeli tadi. Lambat sangat bas ni, hari-hari memang naik la berat badan aku. Tapi tak apa, asalkan kenyang. Hehe
      'awak ni..main belasah je, bila nak jadi perempuan sikit ek?' Syafika menyigungku. Hai..dah mula dah. Mak nenek. Ya Allah, tak habis-habis nak suruh jadi perempuan. Apa tak cukup perempuan lagi ke aku ni? Bising je, potpet tak berhenti-henti. Bosan..bosan. 'Bila ek, nak tengok kau macam gadis tu...' sambungnya lagi. Sampai aku dah boleh hafaz setiap ayat yang nak keluar dari mulut dia ni. Sedapnya kacang ni, hah..pedas lah pula...dah kenapa aku ni tak tahan pedas! Hah..pedas!
     'air..air..' pintaku. Hah..lega. Pedas sangat sambal Mak pah ni.
     'aku cakap dengan siapa yer?' Syafika mencekak pinggang pantas mencubitku. Arrgh sakitla! Mula dah mak nenek ni!
      'yer..yer..yang, hari-hari awak cakap benda yang sama. Habis, saya dah tak tahu nak cakap apa. Alaa..awak ni bising betul la.'
Aku membasuh tangan lalu menyapu sedikit bibirku. Sakit luar biasa pulak cubetan Syafika hari ni. Sebelum2 ni tak adalah sakit macam ni pun.. 'yang..dah nama pun student, memang macam ni la..oke apa? tak kan nak dress up bagai, mulut merah terang bagai, heel bagai. Ish..awak ni bising la..' Aku memegang bahunya lalu berceramah seketika. 'Lainlah yang, meletup..mengalahkan datin!' Aku berlagak gaya datin. Syafika mencubetku lagi! Arggh sakitnya....
   
  * * * bersambung.  

No comments :